THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES ?

Bukan Kerana Nama


Jangan kau pandang bibir yang manis
Kerana dia bisa menghancurkan
Jangan kau pandang wajah yang indah
Kerana dia bisa meracunmu( korus )
Dengarlah hai teman
Dengarkan bersama
Aku menulis bukan kerna nama
Kerna sifat kasih
Pada sesama insan
Dan menyatakan kasih sayangmu
Kita sama semuanya sama
Apa yang ada hanyalah kehidupan
Jangan kau dengar puisi dusta
Kerana dia bisa merosakkan jiwamu
Dengarkanlah puisi di pusaka
Yang telah turun temurun hari ini
Jangan kau alas hatimu itu
Dengan secebis warna kehitaman
Dialah seperti anai-anai
Lambat laun hancurlah dirimu

Ramli Sarip & A Romzie (Mohamad Bakri Johari)

Jumaat, 1 Januari 2010

RINDU ANAK AKU

sekarang dah 7 bulan lebih aku keluar dari pusat.

aku masih rindukan anak aku.

zani....

darah daging kau di jadikan pmpn.

apalah nasib diakan. klu Tuhan bg aku pilihan. aku akan bunuh anak aku. sekurang2nya aku tau. Allah menjaganya. tapi sekarang.... bila aku xleh tido. otak aku akan mhala pd anak aku. sakit ke dia. mcm mana senyuman dia. apakah dia akan sekuat aku. atau dia akan ikut watak bapak dia yg celaka ni??? jantan parasit.



teringat aku waktu aku mgandungkan dia. aku mengidam 2 benda.

1-lemak daging goreng. ( aku ckp kat anak aku. umi xda duit nak beli sebiji nasi pun. sabarlah. nanti umi belikan. dia terus diam. mcm faham apa yg aku ckp)

2-sotong gorang. ( kawan aku bg duit. terus baby aku bergerak2 dlm perut. otak aku duk byg sotong goreng. aku malas nak kluar pi beli sotong. aku tido. anak aku kuat menendangnya. aku terus pi kedai. baby dlm perut x henti2 bergerak. bila aku mkn sotong tu. bertambah2 kuat pergerakannya. dah habis aku mkn. anak aku terus diam. aku tersenyum sorang. dlm hati aku berkata sendiri. nasib kau anakku. x punya bapa. bakal x beribu. maafkan umi)



anak aku x byk meragam. mcm faham perasaan aku. TUHAN ku masih lg melindungi aku. aku x sakit pape ketika mgandung. tapi Tuhan menguji aku. org lain mgandung kurang dr 9 bln. aku....

genap 10 bulan mengandungkan baby ku.


di saa2 perpisahan aku dgn anak aku. baby selalu bg respon bila aku bercakap. aku penah ckp anak umi ni nak nama apa erk. aku bkak buku nama2 anak dlm islam. satu persatu aku sebut. baby x respon pun. tapi bila aku sebut sumayyah. dia x henti2 bergerak. utk pastikan lg yg baby nak nama tu. aku sebut nama lain. dia diam. bila aku sebut sumayyah. baby bergerak dan terus bergerak. kuat sangat. semua kwn2 aku kat pusat tu terkejut tgk pergerakan dia yg agak buas.



dari hari tu aku namakan baby aku sumayyah.



genap 10 bln aku mgandungkan anak aku. aku d hantar ke klinik. doktor ckp aku kena beranak secara paksa. baby kena keluar dgn kadar segera. air ketuban aku dah xda. di khuatiri anak aku lemas. pukul 11 pg. aku di beri pil. minit berganti minit. jam berganti jam. sedikit demi sedikit aku sakit. beranak paksa lebih myakitkan. hampir 10 kali aku di seluk oleh nurse. kata mereka pintu rahim aku tebal.



sakitnya hanya ALLAH yg tahu. terlalu azab. semua ayat yg aku hafal kat pusat tu. aku baca. doa dan berdoa. ketika itu aku teringat tangisan mama aku. peritnya dia melahirkan aku hanya utk melihat aku merana begini.



untungnya jadi isteri org. bila nak melahirkan baby. suami di sisi. ibu dan mak mertua tumpang rasa sakit. aku????? kawan2 pelatih ku????

no.... suami. no mak. no ayah. no sedara. n no kawan. beranaklah kau sengsorang. sakit?????

tanggung sendiri. nak menjerit????? penampar dgn doktor yg kau boleh.



28/5 8:25 ( selepas bang isyak) anak aku di lahirkan. dia menangis. dia menjerit. n nurse letakkan dia atas dada aku. aku nak peluk. tapi aku dah xde tenaga utk mgangkat tgn.



berat anak aku 2.7kg pjg- 56cm



nurse suruh aku rehat. dia letak sumayyah sebelah aku. sumayyah xleh tido. aku pun sama xleh tido. aku susukan dia dgn susu botol. aku x pandai pgg baby. seumur idup aku. nilah pertama kali aku sentuh baby. apatah lagi nak suruh aku myusu. aku nak susukan anak aku dgn susu aku sendiri. tapi aku xpandai. aku x tau caranya. semlm aku merenung anak aku. anak aku pun tido kejap then bgn renung aku. seolah2 dia tau. esok aku dgn dia akan berpisah selamanya.



YA ALLAH.... sekiranya zani x buat aku mcm ni. aku dgn sumayyah. pasti xkan berpisah. mungkin sekarang aku mampu melihat senyumnya. aku boleh susukan dia. seksanya berpisah dgn anak sendiri.



pagi telah mjelang....



kesiankan anak aku. dr saat dia d lahirkan sehingga 30/5 xde sorang pun tolong azankan.

uri anak aku pun masih di sini. xde siapa yg tlg tanamkan. yg lebih myentuh perasaan aku. ada makcik tanya aku. bila beranak ni???

aku jawab= mlm tadi

makcik= suami mana??? napa x tanam uri ni. elok di biar lelama.



aku sebak...... aku ckp jap lg dtglah. dia bz.

makcik= beranak sorang2. mak ayah mana???

aku= saya duk johor sebenarnya. dtg kl sbb ada keje. x sangka nak teberanak. masuk terus hopital.

makcik=angguk tande faham.

dlm hati ni. menangis dan merontan menahan sebak. suami????? saya xde suami makcik. anak ni xde ayah makcik.



30/8 bermulalah saat2 perpisahan aku dgn sumayyah. pusat tu dah carikan mak ayah angkat utk anak aku. mak ayah angkat anak aku dah bg nama utk anak aku. namanya langsung xde kena mengena dgn sumayyah. jauh sasarannya.



aku pasrah jika ini ketentuanNYA.



sehingga kini. aku xtau mana anak aku berada. sekeping gambar pun aku x dpt.

cukuplah klu sekadar aku mampu melihat gambar anak aku.



seksanya perasaan ni. ya ALLAH ampunkanlah aku.

0 ulasan: