THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES ?

Bukan Kerana Nama


Jangan kau pandang bibir yang manis
Kerana dia bisa menghancurkan
Jangan kau pandang wajah yang indah
Kerana dia bisa meracunmu( korus )
Dengarlah hai teman
Dengarkan bersama
Aku menulis bukan kerna nama
Kerna sifat kasih
Pada sesama insan
Dan menyatakan kasih sayangmu
Kita sama semuanya sama
Apa yang ada hanyalah kehidupan
Jangan kau dengar puisi dusta
Kerana dia bisa merosakkan jiwamu
Dengarkanlah puisi di pusaka
Yang telah turun temurun hari ini
Jangan kau alas hatimu itu
Dengan secebis warna kehitaman
Dialah seperti anai-anai
Lambat laun hancurlah dirimu

Ramli Sarip & A Romzie (Mohamad Bakri Johari)

Jumaat, 1 Januari 2010

RINDU ANAK AKU

sekarang dah 7 bulan lebih aku keluar dari pusat.

aku masih rindukan anak aku.

zani....

darah daging kau di jadikan pmpn.

apalah nasib diakan. klu Tuhan bg aku pilihan. aku akan bunuh anak aku. sekurang2nya aku tau. Allah menjaganya. tapi sekarang.... bila aku xleh tido. otak aku akan mhala pd anak aku. sakit ke dia. mcm mana senyuman dia. apakah dia akan sekuat aku. atau dia akan ikut watak bapak dia yg celaka ni??? jantan parasit.



teringat aku waktu aku mgandungkan dia. aku mengidam 2 benda.

1-lemak daging goreng. ( aku ckp kat anak aku. umi xda duit nak beli sebiji nasi pun. sabarlah. nanti umi belikan. dia terus diam. mcm faham apa yg aku ckp)

2-sotong gorang. ( kawan aku bg duit. terus baby aku bergerak2 dlm perut. otak aku duk byg sotong goreng. aku malas nak kluar pi beli sotong. aku tido. anak aku kuat menendangnya. aku terus pi kedai. baby dlm perut x henti2 bergerak. bila aku mkn sotong tu. bertambah2 kuat pergerakannya. dah habis aku mkn. anak aku terus diam. aku tersenyum sorang. dlm hati aku berkata sendiri. nasib kau anakku. x punya bapa. bakal x beribu. maafkan umi)



anak aku x byk meragam. mcm faham perasaan aku. TUHAN ku masih lg melindungi aku. aku x sakit pape ketika mgandung. tapi Tuhan menguji aku. org lain mgandung kurang dr 9 bln. aku....

genap 10 bulan mengandungkan baby ku.


di saa2 perpisahan aku dgn anak aku. baby selalu bg respon bila aku bercakap. aku penah ckp anak umi ni nak nama apa erk. aku bkak buku nama2 anak dlm islam. satu persatu aku sebut. baby x respon pun. tapi bila aku sebut sumayyah. dia x henti2 bergerak. utk pastikan lg yg baby nak nama tu. aku sebut nama lain. dia diam. bila aku sebut sumayyah. baby bergerak dan terus bergerak. kuat sangat. semua kwn2 aku kat pusat tu terkejut tgk pergerakan dia yg agak buas.



dari hari tu aku namakan baby aku sumayyah.



genap 10 bln aku mgandungkan anak aku. aku d hantar ke klinik. doktor ckp aku kena beranak secara paksa. baby kena keluar dgn kadar segera. air ketuban aku dah xda. di khuatiri anak aku lemas. pukul 11 pg. aku di beri pil. minit berganti minit. jam berganti jam. sedikit demi sedikit aku sakit. beranak paksa lebih myakitkan. hampir 10 kali aku di seluk oleh nurse. kata mereka pintu rahim aku tebal.



sakitnya hanya ALLAH yg tahu. terlalu azab. semua ayat yg aku hafal kat pusat tu. aku baca. doa dan berdoa. ketika itu aku teringat tangisan mama aku. peritnya dia melahirkan aku hanya utk melihat aku merana begini.



untungnya jadi isteri org. bila nak melahirkan baby. suami di sisi. ibu dan mak mertua tumpang rasa sakit. aku????? kawan2 pelatih ku????

no.... suami. no mak. no ayah. no sedara. n no kawan. beranaklah kau sengsorang. sakit?????

tanggung sendiri. nak menjerit????? penampar dgn doktor yg kau boleh.



28/5 8:25 ( selepas bang isyak) anak aku di lahirkan. dia menangis. dia menjerit. n nurse letakkan dia atas dada aku. aku nak peluk. tapi aku dah xde tenaga utk mgangkat tgn.



berat anak aku 2.7kg pjg- 56cm



nurse suruh aku rehat. dia letak sumayyah sebelah aku. sumayyah xleh tido. aku pun sama xleh tido. aku susukan dia dgn susu botol. aku x pandai pgg baby. seumur idup aku. nilah pertama kali aku sentuh baby. apatah lagi nak suruh aku myusu. aku nak susukan anak aku dgn susu aku sendiri. tapi aku xpandai. aku x tau caranya. semlm aku merenung anak aku. anak aku pun tido kejap then bgn renung aku. seolah2 dia tau. esok aku dgn dia akan berpisah selamanya.



YA ALLAH.... sekiranya zani x buat aku mcm ni. aku dgn sumayyah. pasti xkan berpisah. mungkin sekarang aku mampu melihat senyumnya. aku boleh susukan dia. seksanya berpisah dgn anak sendiri.



pagi telah mjelang....



kesiankan anak aku. dr saat dia d lahirkan sehingga 30/5 xde sorang pun tolong azankan.

uri anak aku pun masih di sini. xde siapa yg tlg tanamkan. yg lebih myentuh perasaan aku. ada makcik tanya aku. bila beranak ni???

aku jawab= mlm tadi

makcik= suami mana??? napa x tanam uri ni. elok di biar lelama.



aku sebak...... aku ckp jap lg dtglah. dia bz.

makcik= beranak sorang2. mak ayah mana???

aku= saya duk johor sebenarnya. dtg kl sbb ada keje. x sangka nak teberanak. masuk terus hopital.

makcik=angguk tande faham.

dlm hati ni. menangis dan merontan menahan sebak. suami????? saya xde suami makcik. anak ni xde ayah makcik.



30/8 bermulalah saat2 perpisahan aku dgn sumayyah. pusat tu dah carikan mak ayah angkat utk anak aku. mak ayah angkat anak aku dah bg nama utk anak aku. namanya langsung xde kena mengena dgn sumayyah. jauh sasarannya.



aku pasrah jika ini ketentuanNYA.



sehingga kini. aku xtau mana anak aku berada. sekeping gambar pun aku x dpt.

cukuplah klu sekadar aku mampu melihat gambar anak aku.



seksanya perasaan ni. ya ALLAH ampunkanlah aku.
Read more...

KHAS UTK SEMUA PELATIH



hari ini...
kita terdampar disini,
kerna setitik noda,
dari kesilapan sendiri,
ataupun kerna ketentuan azali.
yang tidak pernah di duga,
yang tidak pernah di pinta.
hari ini....
kita terdampar disini,
kerna masalah yg sama,
walau berlainan cerita,
dan kisah duka,
dari riwayat yg sama,
satu perjalanan yg pamjang,
melayari erti kehidupan,
dalam menuju satu arah,
destinasi yg serupa,
sahabatku, hari ini...
kita telah tersilap langkah...
kita bukanlah manusia yg sempurna,
dalam dunia yg penuh pancaroba,
hingga ada yg teraniaya,
dari kerakusan nafsu manusia,
hingga tercipta segumpal darah yg x berdosa,
tetapi....
tetap di pandang hina,
oleh segelintir manuisa di luar sana....
sahabatku...
hari ini dan disini,
marilah kita sama2 berusaha,
mendekatkan diri pdNYA,
agar dpt membersihkan hati,
agar dpt myucikan jiwa,
yang pernah terpalit duka dan noda...
hari ini...
bila kita melangkah keluar dari sini,
meninggalkan seribu memori,
langkahkanlah kaki dgn keinsafan diri,
langkahkanlah kaki dgn niat tulus murni,
yang dtg dari lubuk hati yg paling suci,agar dpt memulakan dairi baru....
KERNA TERSUNGKUR, TAK SEMESTINYA TERUS REBAH




Read more...

INGATKAH KAU????

n3 ini aku buat utk mgingatkan sahabat2 n bakal2 budak pusat ku.


tika begini tercari-cari
makna kasih dan sayang
saat begini ku nanti nanti
sinar yg hilang...
bertanya tanya pd yg ESA
di terimakah keampunan
sentiasa berdoa sujud padaNYA
penuh keinsafan


ku mohon penerimaan,
walau hanya ku mendapat kata hina
bersama luka yg tercalar,
saat ini ku tangisi
kesilapanku sendiri oh Tuhanku
ku menyesal dengan dosaku,
yang penuh keinsafan
di sudut hatiku
airmataku bergenang jua...


(lagu ini pasti akan menitiskan airmata kitakan sahabat???)

Read more...

CINTA


kerna cinta...
akhirnya aku terluka,
terluka dek kerana cinta dusta.

kerna kasih...
akhirnya aku tersisih,
jauh dari ibu bapa,
sendirian aku merintih.


kerna setia...
akhirnya aku terseksa
terdampar dalam penjara,
padah dr cinta yg x kenal pahala dan dosa

kerna sayang....
akhirnya aku terbuang,
terbuang dr hidup yg penuh senang,
cinta yg di pahat dgn sayang,
terus melayang.

kerna percaya...
aku serah segalanya,
hingga diri terkandung benihnya.
akhirnya aku di sia2.
cinta yg d tabur langsung tak bermakna.

cinta aku pada kau
x pernah d hargai,
aku merempat disini
kau bersedapan di sana.
kaulah manusia paling durjana
paling aku sesali
aku benci kau NORHISYAM AZANI
itulah hakikat yang abadi,
takkan ada maaf lagi.

Read more...

PENJARA

penjara ini mgajar aku

erti rindu.

penjara ini membuka mata

mengajar erti derita,

penjara ini terasa sepi

mengajar diri mengenal ILLAHI.

mengenal diriku sendiri.


YA ROBBI...

aku sunyi...

aku sepi,


YA ROBBI...

batinku terseksa,

batinku terluka,

aku manusia durhaka

hilang dalam keseronokan sementara.

YA ROBBI...

aku manusia berdosa,

kerna cinta aku terluka,

sehingga kini aku berbadan dua

dari benih jantan celaka.

Read more...

AKU DI PENJARA





bestkan jadi laki. dah memantat. hai2 bye2. pmpn mcm aku. tanggunglah perut buncit selama 9 bulan 10 hari.


15/3/09
bermulalah kehidupan aku di sebuah pusat. kawalan dan caranya sebiji mcm penjara. xda hubungan dari luar. hp aku.... di simpan. hanya 3 pasang baju sahaja yg boleh d bawa masuk.
zani.....

sebelum aku kenal kau. aku cukup bahagia. aku cukup duit. aku tido d atas tilam yg empuk. katil bersaiz queen hanya utk aku sorang. aku x perlu berkongsi katil dgn sapa2. x perlu berkongsi bilik air dgn sapa2. pendek kat betapa kedua ibu bapa cukup memberi aku kesenangan.
celakalah kau utk setiap kesakitan aku.
celakalah kau utk setiap tangisan aku.
dlm pusat tu. terlalu ramai pmpn mcm aku. sehinggan temp tido kami seluas lubang kubur. xleh berpusing badan ku. terpaksa tido secara statik. sakitnya..... tambah lagi aku mgandung.
terlalu sakit utk statikkan bdn ni.
seinci pun kau xkan dpt bergerak.
untungkan klu mgandung anak halal. suami ada. mak ada. ayah ada. mak mertua pun ada. semua berbut nak jaga kita.
aku?????
kaki kejang. terpaksa diamkan sendiri, pinggang aku sakit. terpaksa wat2 x sakit. terlalu seksa aku dalam pusat tu.
setaip mlm bertemankan airmata dan penyesalan yg xkan mungkin mengubah kisah ini.
sahabatku....
serahkanlah tubuh hanya yg bernama suami. pasti kau xkan myesal seperti keadaan aku ini.







Read more...

AIRMATA SEORANG IBU



aku kuatkan semangat, aku ceritakan semuanya pd mama. airmata mama jelas mgalir. dia x marah aku. dia x maki aku. hanya airmatanya yg tertumpah. kata mama. kita pi jumpa budak tu. suruh dia nikah dgn aku. aku ckp kat mama. aku xnak nikah dgn dia. selama ni. aku selalu ikat perut. semata2 nak bg kesenangan pd jantan sial tu. aku ckp kat mama dia selalu pukul aku ( dia x penah. aku tipu mama ). aku xleh terima dia lg dlm hati aku. dia lelaki yg x bertanggungjwb. utk apa aku perlu jadi pengemis. aku akan buktikan. seberat mana pun hukuman yg perlu aku tanggung. aku akan tanggung. utk bernikah dgn jantan sial ni. kemudian aku akan terus merana n d maki. lebih baik keadaaannya. aku redha. aku pasrah.






aku pergi ke klinik. bayi dlm kandungan aku dah masuk 6 bln. xleh di gugurkan lagi. doktor x berani. aku kesian pd mama. dosa aku pulak dia terpaksa mgalas. entah kenapa. aku beranikan diri menelefon bf aku yg pertama.


dia sanggup jadikan aku isteri. ( tapi itu bkn jalan pyudah utk aku ). mungkin ALLAH merasakan hukuman yg aku terima belum cukup berat. dan belum cukup utk buat aku bertaubat sesungguhnya. dia accident.


aku perlu bernikah dgn segera utk tutup mulut org. tapi xkan aku nak nikah dgn bf pertama yg terpaksa terdampar dlm hospital selama sebulan.


mama menangis lagi. mcm mana nak wat utk tutup dosa aku ni. aku duduk dlm bilik sorang2. aku berdoa pd TUHAN " YA ALLAH, AKU PERNAH BERDOA PDMU. KAU BG AKU PELUANG UTK TERUS IDUP. APAKAH CARANYA YG MEMBOLEHKAN AIB AKU NI TERSIMPAN RAPI. AKU MALU DGN DOSA KU. KASIHANILAH KEDUA IBUBAPA KU YG X BERDOSA TU YA ALLAH"


seketika kemudian, aku x tau. aku terasa mcm ada org pimpin aku meuju ke laci temp aku simpan surat khaba lama. aku terus menarik sehelai drnya. aku x membacanya. tapi...


aku terbaca tajuk "bedah telah selamat melahirkan anak luar nikahnya". aku jadi nak tau. aku terus membacanya.


YA ALLAH.... di situlah temp yg kau nak aku tuju. sebuah pusat perlindungan wanita dan remaja seperti aku.


mulia sungguh ALLAH nikan. walaupun sebesar2 dosa yg telah aku lakukan. DIA masih menyanyangi makhluk seperti aku inikan.






Read more...